
PGTM ADALAH PERSATUAN YANG DIWUJUDKAN BAGI MENGGABUNGKAN SEMUA ALUMNI-ALUMNI DAN BEKAS-BEKAS PELAJAR SEKOLAH TEKNIK SELURUH MALAYSIA DARI TAHUN 1970-AN, 80-AN, 90-AN SEHINGGALAH TAHUN 2008 SUPAYA IANYA DAPAT MENGERATKAN IKATAN SILATURRAHIM, PERSAUDARAAN DAN PERSAHABATAN ANTARA KITA.
DENGAN IKATAN PERHUBUNGAN INI, DIHARAP AKAN DAPAT MENJALINKAN SATU RANGKAIAN YANG BAIK DARI SEGI KEMANUSIAAN, SOSIAL SERTA PERNIAGAAN ANTARA AHLI PGTM.
DAFTARLAH SEBAGAI AHLI PGTM UNTUK MANFAAT BERSAMA. SEMUA MAKLUMAT TERKINI PGTM AKAN DIKEMASKINIKAN DARI MASA KE SEMASA DI DALAM LAMAN BLOG INI.
BAK KATA PEPATAH : BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT..... fikir-fikir dan renung-renungkanlah dengan kematangan usia kita bersama.
Aktiviti Semasa PGTM yang sedang dilakukan oleh AJK PGTM Sesi 2008:-
1. Pendaftaran ahli-ahli baru PGTM kepada semua bekas-bekas pelajar Sekolah-sekolah Teknik seluruh Malaysia.
2. Menghubungi semua Alumni Sekolah-sekolah Teknik seluruh Malaysia untuk mendaftar dengan PGTM dan bergerak sebagai satu Persatuan induk untuk semua Sekolah-sekolah Teknik seluruh Malaysia.
3. Menghubungi semua Pengetua, Sekolah-Sekolah Teknik seluruh Malaysia memaklumkan mengenai penubuhan PGTM serta untuk mendapat surat sokongan penglibatan bekas-bekas pelajar sekolah Teknik menyertai PGTM.
4. Menghubungi Kementerian Pendidikan - Bahagian Sekolah Teknik dan Vokasional memklumkan mengenai penubuhan PGTM serta untuk mendapat surat sokongan penglibatan bekas-bekas pelajar sekolah Teknik menyertai PGTM.
5. Mendapatkan seberapa ramai bekas pelajar yang terlibat dalam dunia keusahawan dan perniagaan untuk mendaftar dengan PUGM secara percuma bagi membolehkan rangkaian perniagaan masing-masing diperkembangkan lagi.
6. Memberi peluang dan menyediakan bakal-bakal usahawan untuk terlibat dalam dunia keusahawan melalui kursus, seminar, latihan dan perjumpaan yanag akan diadakan dari masa ke semasa.
7. Membantu ahli-ahli PGTM mendapatkan pembiayaan dan dana bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan masing-masing dengan kerjasama pihak bank, persatuan, koperasi dan orang perseorangan.
Moderator & AJK PGTM
b/p AJK PGTM 2008