Sunday, January 13, 2008

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2008




ANTARA GAMBAR-GAMBAR MENARIK SEMASA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN GRADUAN SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK MALAYSIA (PGTM) 2008 SEDANG BERLANGSUNG DI BILIK MELUR, RESTOREN PELITA, JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR PADA 20/01/2008.



















































Kepada : SEMUA BEKAS PELAJAR
SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK MALAYSIA
Daripada :
AJK PENAJA
PERSATUAN GRADUAN SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK MALAYSIA

TARIKH :
13/01/2008
PERKARA : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2008

Salam buat semua.

Bersyukur ke hadrah ALLAH swt kerana dengan limpah kurniaan dan keizianNYA, proses penubuhan persatuan yang telah diusahakan sejak hampir 6 bulan yang lalu TELAH DILULUSKAN oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 31/12/2007 yang lalu.












Berikut adalah maklumat lajut berkaitan persatuan sebagaimana terkandung didalam Undang-undang Persatuan ialah :-

Nama Persatuan :
PERSATUAN GRADUAN SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK
MALAYSIA (PGTM)

Alamat Pendaftaran :
No 10E, 03-02-007, Sri Kinabalu, Seksyen 10,
Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Tujuan / Matlamat :
(1) Merapatkan hubungan silaturahim dan sosial diantara
bekas-bekas pelajar Sekolah Teknik seluruh
Malaysia yang mempunyai tertiari.

(2) Menggalakkan ahli memberi sokongan, moral dan apa
juga yang dibenarkan oleh undang-undang
kepada mana-mana ahli yang memerlukan sokongan dan
bantuan melalui kegiatan berbentuk riadah, amal dan
kebajikan.

Keahlian :
(1) Keanggotaan Ahli Persatuan ini terbuka kepada
warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun
ke atas dari kalangan bekas-bekas pelajar
Sekolah Teknik seluruh Malaysia
yang mempunyai kelulusan tertiari.

(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah
dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli
dan dihantar kepada Setiausaha Eksekutif
yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa
untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh
mengikut budibicaranya menolak sebarang
permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan
seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah
membayar bayaran masuk dan yuran tahunan seperti
yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan
dan berhaklah ia sebagai ahli.

(4) Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak
boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah
dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh
Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

Yuran Keahlian : Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah
seperti berikut :

Bayaran Masuk :
RM 10.00
(Ringgit Malaysia : Sepuluh sahaja).

Yuran Tahunan :
RM 60.00
(Ringgit Malaysia : Enam Puluh Sahaja).

Sehubungan dengan ini, satu Mesyuarat Agung Tahunan PGTM akan diadakan bagi melantik Ahli-ahli Jawatankuasa PGTM bagi Sesi 2008 sebagaimana berikut :-

Tarikh : 20/01/2008












Hari : Ahad











Lokasi : Dewan Melur, Tingkat 1
Restoren Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd
(Nasi Kandar Pelita)
Jalan Ampang, Kuala Lumpur
* Berhampiran KLCC, Hotel NIKO & Citibank










* Surau ada disediakan











Masa : 01:45 - 4:00 petang











Agenda :










01:45 - 02:00 petang :










- Pendaftaran ahli










02:00 - 03:00 petang :










- Mesyuarat Agung Tahunan PGTM, 2008
- Pembentangan Status Persatuan
- Pembentangan Undang-undang PGTM










03:00 - 03:30 petang :










- Perlantikan AJK PGTM Sesi 2008
- Pembentukan Exco PGTM










03:30 - 04:00 petang :










- Jamuan
- Bersurai











Bayaran : RM 10.00/seorang
Dibayar sewaktu mendaftar kehadiran

Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Penaja PGTM, dengan ini menjemput kehadiran tuan/puan ke Mesyuarat Agung Tahunan PGTM sebagaimana diatas. Semoga dengan kehadiran dan kerjasama daripada tuan/puan akan dapat menggerak dan menjalankan segala aktiviti yang boleh memberikan manfaat dan kebaikan bersama kepada semua ahli PGTM, insya’ALLAH.

Bagi yang telah mengisi Borang Keahlian dan membuat bayaran sebelum ini, sesalinan Undang-undang Persatuan akan diberikan pada hari pendaftaran kelak. No keahlian akan diberikan semasa tuan/puan mendaftar kehadiran.

Bagi mereka yang belum mengisi Borang Keahlian dan/atau membuat bayaran keahlian, boleh mendapatkannya semasa pendaftaran kelak. Sila penuhkan dan serahkan bersama Yuran Keahlian tuan/puan semasa mendaftar kehadiran.

Bak kata pepatah, "Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat".... Fikir-fikirkanlah dengan kematangan usia tuan/puan.











Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,











b/p PERSATUAN GRADUAN SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK MALAYSIA (PGTM)


Mansor Bin Adam (012-3753082)
Setiausaha Eksekutif (AJK Penaja)

mansor_adam@heitech.com.my