Untuk makluman, pihak PGTM sedang dalam proses untuk menngumpulkan seberapa banyak kontraktor-kontraktor, usahawan-usahawan IKS dan ahli-ahli perniagaan yang mempunyai perniagaan dalam pelbagai bidang dan skop untuk mendaftar sebagai panel.
Antara bidang-bidang yang diperlukan adalah :-
1. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) : makanan, minuman, industri kampung dll
2. Kontraktor pembekalan : alatulis, percetakan, pembinaan, elektrikal, mekanikal dll
3. Kontraktor perkhidmatan : arkitek, perundangan, lukisan pelan, motivasi dll
4. Kentraktor Pengurusan : Pendaftaran syarikat, perakaunan, pemasaran, promosi dll
5. Lain-lain bidang perniagaan.
Untuk itu, kepada semua ahli-ahli perniagaan yang mempunyai syarikat berdaftar yang ingin mendaftarkan syarikat tuan/puan ke dalam senarai kontraktor PGTM, sila hantarkan surat permohonan, salinan sijil daftar perniagaan, salinan dokumen-dokumen sokongan dan profile syarikat tuan/puan ke alamat :-
PENGERUSI EKSEKUTIF
PERSATUAN GRADUAN SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK MALAYSIA (PGTM)
NO 10E, 03-02-007, SRI KINABALU
SEKSYEN 10, WANGSA MAJU
53300 KUALA LUMPUR
(U/P : EN MOHD NASIR BIN MUSTAFA)
(* Semua dokumen, sijil dan profile syarikat tidak akan dikembalikan.)
Note :
1. Pendaftaran kontraktor tidak dikenakan sebarang bayaran.
2. Semua kontraktor berdaftar akan dimaklumkan menerusi surat rasmi PGTM status pendaftaran perniagaan tuan/puan.
3. Projek-projek semasa yang bersesuaian dengan kepakaran dan perniagaan kontraktor yang berdaftar dengan PGTM akan ditawarkan dari masa ke semasa.