Tuesday, February 19, 2008

SEKEMBALINYA PESERTA BERKURSUS DI KENYIR

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Salam buat semua Bakal Usahawan Projek Perikanan Ikan Air Tawar PGTM

Terlebih dahulu saya mewakili AJK PGTM mengucapkan TAHNIAH dan PENGHARGAAN buat semua yang telah menyertai KURSUS PERIKANAN pada 15-18HB FEB 2008 yang baru lalu di Tasik Kenyir, Kuala Terengganu.

Tentu ini merupakan satu titik tolak untuk kita teruskan agenda dan perancangan projek PGTM yang telah dimaklumkan sebelum ini. Untuk makluman semua peserta, pihak AJK PGTM akan mengadakan satu perbincangan secara SERIUS antara PENGERUSI EKSEKUTIF (PGTM) dengan PRESIDEN (PUGM) sedikit masa lagi bagi membincangkan beberapa perkara yang masih tertangguh sebelum ini khususnya Projek Perikanan Secara Berkelompok yang akan dijalankan kelak, insya'ALLAH. Tentunya perbincangan akan mengambil kira kepentingan ahli-ahli projek dan PGTM umumnya dalam jangkamasa panjang.

Sementara itu, saya meminta kerjasama daripada semua peserta supaya yang benar-benar berminat untuk bersama-sama PGTM dalam projek Perikanan Secara Berkelompok supaya dapat mengembalikan Borang-borang yang telah diberikan sebelum ini iaitu :-

1. Borang Keahlian PGTM (BA01)
2. Borang Permohonan Pinjaman Bank Pertanian Malaysia (BPM)
3. Salinan Sijil Kursus
4. Salinan K/P - 2 salinan

Sila kirimkan kepada PGTM dialamat berikut :-

EN MOHD NASIR BIN MUSTAFA
PENGERUSI EKSEKUTIF
PERSATUAN GRADUAN SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK MALAYSIA (PGTM)
NO 10E-03-02-007, SRI KINABALU
SEKSYEN 10, WANGSA MAJU
53300 KUALA LUMPUR

Bagi yang ingi memberikan terus kepada Mansor, sila hubungi 012-3753082 untuk temujanji, masa dan tarikh pertemuan.

Insya'ALLAH, AJK PGTM akan menghubungi semua peserta yang benar-benar berminat untuk projek Perikanan Berkelompok PGTM ini dalam satu sesi Perbincangan dan Penerangan lanjut apabila satu keputusan usahasama antara PUGM dan PGTM dapat dicapai kelak. Borang-borang yang dikumpulkan HANYA akan diberikan kepada PUGM bagi proses pinjaman dengan pihak BPM setelah keputusan dan persetujuan dicapai. Walaubagimana pun, Borang-borang kelompok peserta PGTM adalah perlu bagi membuktikan dan menyokong PGTM mengutarakan beberapa tuntutan dan bentuk kerjasama yang kita semua inginkan tanpa terlalu banyak bergantung kepada kehendak dan perancangan pihak PUGM sebagaiman yang diceritakan sewaktu kursus. Semoga semua peserta dapat menyokong dan membantu AJK PGTM.

Terima kasih kepada En Mat Nasir dan En Fauzi Hashim yang telah mengirimkan begitu banyak gambar-gambar sepanjang 4H3M di Tasik Kenyir. Semoga innya dapat memberikan inspirasi dan kenangan buat semua.

"BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT."

ikhlas daripada
MANSOR BIN ADAM
SETIAUSAHA EKSEKUTIF
b/p AJK PGTM SESI 2008