Wednesday, June 18, 2008
TAWARAN KURSUS KEUSAHAWAN SECARA BERKELOMPOK PGTM
Kursus-kursus Disediakan :
1. Kursus Tanaman Fertigasi ~ Tapak Projek Sijangkang, Banting, Selangor.
2. Kursus Penternakan Kambing ~ Tapak Projek Pagoh, Johor
3. Kursus Ternakan Ikan Air Tawar ~ Tapak Projek Tasik Kenyir, Terengganu.
* Sila rujuk maklumat kursus-kursus dalam blog ini untuk detail.
* Pendaftaran boleh dibuat SEGERA.
Tawaran Projek :
Projek Secara Berkelompok di tapak-tapak projek persatuan.
Bilangan Peserta :
1. Terhad kepada 30 orang/sesi.
2. Terbuka kepada UMUM (Warganegara Malaysia, Lelaki & Wanita berusia 18-60 tahun).
Kos Perlaksanaan Kursus :
1. PERCUMA. (RM450.00 seorang akan disediakan oleh MARA, AgroBank @ KBS)
2. Peserta hanya perlu membuat bayaran RM 150.00 seorang sahaja. (RM 70.00pendaftaran keahlian PGTM dan RM 80.00 untuk pendaftaran penyertaan kursus yang ingin disertai dengan pihak-pihak berkaitan).
Kelebihan Kursus :
1. Dijalankan secara teori dan praktikal di tapak projek persatuan.
2. Kursus dijalankan dengan kerjasama MARDI & Jabatan Perikanan Malaysia dan lain-lain agensi berkaitan.
3. Tempat tinggal, makan, minum disediakan kepada semua peserta sepanjang kursus berjalan.
Pinjaman :
Diuruskan dengan pihak MARA & AgroBank bagi Peserta Skim projek Berkelompok Persatuan.
Penjamin :
Pinjaman peserta akan dijamin oleh persatuan bagi Peserta Skim Projek Berkelompok Persatuan.
Pasaran :
1. Contract Farming Basis.
2. Hasil dibeli balik oleh persatuan daripada peserta berkelompok dengan harga pasaran diladang.
3. Peserta bebas menjual secara sendiri jika mendapat harga yang lebih baik daripada harga yang ditawarkan oleh persatuan dengan terlebih dahulu memaklumkan persatuan.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan Setiausaha Eksekutif PGTM, Mansor Adam 012-3753082 atau mansoradam_pgtm@yahoo.com.
Borang Keahlian (BA01) PGTM dan maklumat lanjut boleh didapati di :-
http://www.Persatuan-PGTM.blogspot.com
Bagi msentiasa mendapat maklumat terkini PGTM, tuan/puan boleh mendaftarkan email secara percuma di :-
www.Persatuan-PGTM@yahoogroups.com
"BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT."
ikhlas daripada
MANSOR BIN ADAM
SETIAUSAHA EKSEKUTIF
b/p AJK PGTM SESI 2008/2009