Thursday, June 26, 2008

SOAL JAWAB MENGENAI PROJEK KELOMPOK PGTM


Salam kepada semua yang membaca blog rasmi PGTM.

Saya sering ditanya berkaitan pelbagai soalan yang menyentuh tentang PGTM. Dan sering kali soalan-soalan yang sama diulang tanya oleh beberapa orang. Bagi memberikan gambaran, dibawah saya sertakan beberapa soalan lazim yang sering ditanya kepada saya untuk tuan/puan lebih mengenali PGTM.

Soalan 1 :
Saya bukan bekas pelajar Sekolah Teknik. Bolehkah saya menyertai PGTM?

Jawapan :
PGTM menerima kemasukan sesiapa yang berminat untuk menyertai PGTM dengan syarat-syarat berikut :-

Warganegara : Malaysia
Jantina : Lelaki @ Wanita
Umur : 18 tahun dan keatas

Semua ahli PGTM dikehendaki membuat bayaran Keahlian (RM10.00) dan Yuran Tahunan (RM 60.00). Sila rujuk Borang Keahlian (BA01) PGTM dan maklumat akaun PGTM untuk pendaftaran keahlian.

Soalan 2 :
Bolehkah saya menyertai kursus anjuran PGTM tetapi tidak mahu menjadi ahli PGTM?

Jawapan :
PGTM hanya mendaftarkan peserta-peserta dengan pihak MARA, AgroBank atau KBS untuk mana-mana kursus setelah peserta membuat bayaran keahlian dan diluluskan keahlian. PGTM mewajibkan semua peserta menjadi ahli sebelum boleh menikmati kelebihan-kelebihan yang PGTM tawarkan.

Soalan 3 :
Adakah semua peserta akan ditawarkan pinjaman setelah selesai menjalani kursus?

Jawapan :
Kelulusan pinjaman adalah bergantung kepada pihak pembiaya (MARA, AgroBank atau KBS). Walaubagaimanapun PGTM akan cuba memberikan sokongan dan jaminan bagi mana-mana peserta yang berminat untuk menyertai Skim Kelompok PGTM. Kelulusan pinjaman juga mengambil kira status peminjam dan syarat-syarat kelulusan pihak pembiaya. Walau bagaimanapun akan ada kelonggaran daripada semakan status peminjam kecuali bagi kes muflis.

Soalan 4 :
Bolehkah saya menyertai kursus anjuran PGTM tetapi tidak mahu menjadi peserta dibawah skim kelompok anjuran PGTM?

Jawapan :
PGTM tidak mewajibkan mana-mana peserta yang setelah tamat menyertai kursus untuk menyertai skim kelompok anjuran PGTM. Peserta bebas untuk melaksanakan @ tidak melaksanakan mana-mana projek. Jika peserta mempunyai modal dan tapak projek sendiri, peserta bebas untuk menjalankan perniagaan tanpa terikat dengan PGTM. PGTM hanya memberikan ruang dan sokongan kepada mana-mana peserta yang mempunyai masalah modal, tapak projek dan pasaran.

Soalan 5 :
Bolehkan peserta yang menjalan projek bukan dibawah skim kelompok PGTM menjual hasil tanaman @ ternakan kepada PGTM kerana masalah pasaran?

Jawapan :
PGTM boleh membeli hasil tanaman @ ternakan tuan/puan jika harga yang ditawarkan kompetitif, sesuai dengan kualiti yang dikehendaki dan PGTM ada pembeli untuk menjualkannya semula. Segalanya bergantung atas perbincangan antara penjual dan pembeli semasa.

Berlainan dengan skim kelompok PGTM, semua hasil tanaman @ ternakan akan dibeli semua oleh PGTM kerana PGTM akan memastikan telah ada 'ready buyer' atau pasaran sebelum menawarkan skim kelompok dan bilangan peserta yang terlibat.

Soalan 6 :
Sampai bilakan PGTM dan peserta terikat dalam 'Contract Farming Scheme'?

Jawapan :
'Contract Farming Scheme' antara PGTM dengan peserta adalah bergantung kepada projek disertai, pasaran dan harga semasa. Kebiasaanya tempoh masa yang dipersetujui adalah 2 tahun.

Soalan 7 :
Bolehkan peserta dalam Skim Kelompok PGTM menjual hasil tanaman @ ternakan kepada pembeli luar yang menawarkan harga yang lebih tinggi daripada PGTM?

Jawapan :
PGTM memberi ruang pasaran kepada peserta untuk menjual semual hasil tanaman @ ternakan dengan PGTM dengan harga borong di ladang bagi memberi kemudahan peserta pemasarkan hasil tanaman @ ternakan. Walau bagaimana pun, peserta dibenarkan menjual hasil tanaman @ ternakan kepada pihak lain dengan memaklumkan PGTM terlebih awal bagi membolehkan jadual pembelian dan penjualan PGTM dengan pihak ke tiga @ pembeli dapat dijadual dan dirancangkan secara lebih teratur bagi mengelakkan kekurangan stok jualan sebagaimana yang telag PGTM janjikan dengan mereka.

Semoga soalan-soalan lazim ini dapat memberikan gambaran lebih jelas tuan/puan berkaitan PGTM dan kursus-kursus atau projek-projek yang kami tawarkan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut diharap dapat menghubungi AJK PGTM.

Soalan 8 :
Apakah yang akan dilakukan oleh PGTM setelah kelulusan pinjaman peserta diterima?

Jawapan :
Pihak pembiaya pembiayaan pinjaman peserta (MARA, AgroBank @ KBS) akan terus membuat pembayaran pinjaman kepada persatuan. Pihak persatuan akan menyediak tapak projek mengikut lokasi projek yang disertai oleh peserta berkaitan.

Contoh Projek Tanaman Fertigasi :-
Pihak persatuan akan menyediakan tapak projek dengan 1 set bay (6 rumah tanaman fertigasi) bagi setiap peserta termasuklah sistem pengairan, rumah pam air, rumah semaian anak benih, anak benih, baja, racun dan lain-lain.

Contoh Projek Ternakan Kambing :-
Pihak Persatuan akan menyedia tapak projek dengan 1 kandang kambing (20 kambing betina dan 1 baka Boer jantan) bagi setiap peserta termasuklah tapak ragut, palet makanan kambing, vitamin dan lain.

b/p PGTM
Setiausaha Eksekutif
Mansor Adam
012-3753082
mansoradam_pgtm@yahoo.com