ASSALAMUALAIKUM WBT.
Salam,
Untuk makluman, seramai 11 orang peserta PGTM dan PUGM dari Batch 1 akan memulakan Projek Pertanian Fertigasi Berkelompok di Tapak Projek Air Hitam, Kluang, Johor Darul Takzim dibawah pembiayaan MARA.
Insya'ALLAH, projek akan bermula bulan Oktober 2008 kelak. Pihak PGTM dan PUGM juga telah menempatkan 3 orang peserta menjalani latihan praktikal sambil bekerja di Tapak Pertanian Fertigasi MARDI, Kluang Johor secara sepenuh masa.
Mesyuarat En Mansor (PGTM) & En Muzamir (PUGM) dengan Puan Teh, Pegawai MARA pada 15/09/2008 di Tingkat 23, Bangunan MARA, Kuala Lumpur menunjukkan perkembangan yang amat positif. Pihak MARA juga akan berusaha membuat pembayaran RM50,000 x 11 orang bagi memboleh projek dimulakan seberapa SEGERA.
Bagi mengisi beberapa kekosongan tempat yang masih ada, Pihak PGTM dan PUGM membuka peluang kepada tuan/puan yang berminat untuk menyertai Batch 2 - Projek Tanaman Fertigasi Berkelompok sebagaimana berikut :-
Lokasi : Tapak Projek Fertigasi Air Hitam, Kluang, Johor
Tapak Projek Fertigasi Muar, Johor
* Tempat terhad untuk maksima 10 orang peserta sahaja , FCFS basis.
Tanaman : Fertigasi Cili dan Rock Mellon
Pinjaman : RM50,000.00, 5 tahun, 3.75%, RM 1,000.00 sebulan
Pembiaya : MARA Cawangan Kluang, Johor
Kursus : Telah menyertai Kursus anjuran Persatuan (PGTM/PUGM), Agrobank, MARA @ KBS dan mempunyai sijil penyertaan kursus. Kursus Latihan Pembentukan Usahawan anjuran MARA 10 hari TIDAK perlu disertai.
Kemudahan :
1. Tapak projek di Air Hitam, Kluang atau Muar, Johor
2. Contract farming : Peserta dan Persatuan
3. Tempat tinggal
4. Sewa tapak : RM 50.00/sebulan
5. Bil Untiliti : RM 60.00/sebulan
6. Rumah Fertigasi : 1 bay ~ 6 lengkung (100 x 120 kaki)
7. Sistem Fertigasi - pengairan
8. Rumah semaian
9. Bahan mentah - cocopeat, peatmoss, baja, racun, biji benih dll
10. Bantuan sokongan dan khidmat nasihat
Kertas kerja : Template kertas kerja Rancangan Perniagaan akan diemailkan kepada mana-mana peserta yang BERMINAT untuk menyertai projek kelompok berkaitan. Sila email kepada mansoradam_pgtm@yahoo.com
Tindakan :
1. Tubuhkan Syarikat Sdn Bhd @ Enterprise (Jika belum ada)
2. Salinan Sijil Kursus Tanaman Fertigasi (MARA, AgroBAnk @ KBS) - 5 salinan
3. Salinan K/P Peserta - 5 salinan
4. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat - 5 salinan
5. Sediakan Rancangan Perniagaan (RP) sebagaimana template dibawah sebagai rujukan - 5 salinan
Borang Pinjaman : Sila ke pejabat MARA terdekat tuan/puan dan dapatkan Borang berikut (Buat fotostat 5 salinan) :-
1. RP 2 (Pertanian) - Penuhkan Bahagian II, III dan Tandatangan. Bahagian 1 akan diisi oleh PGTM.
2. RP 16 - Penuhkan Bah A, B dan tandatangan.
3. Surat Akuan Sumpah - Sila tandatangan dan cop Pesuruhanjaya Sumpah. Bayaran RM5.00
4. Borang Aspek Teknikal Pertanian - Kosongkan dan tandatangan sahaja
Sila hantarkan dokumen-dokumen berkaitan (Borang RP2, RP16, Aspek Teknikal Pertanian, Surat Akuan Sumpah dan RP semuanya 5 set) kepada :
MANSOR BIN ADAM
SETIAUSAHA EKSEKUTIF
PERSATUAN GRADUAN SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK MALAYSIA (PGTM)
NO 17, JALAN ROS 1A
SEKSYEN BS 5
BUKIT SENTOSA
48300 RAWANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh akhir penerimaan dokumen : 30hb September 2009 (Selasa) atau sehingga telah PENUH.
Pihak Persatuan akan memaklumkan statu permohonan tuan/puan kelak samada akan dihantar ke MARA untuk kelulusan atau dalam waiting list. Priority akan diberikan kepada yang hantar awal dan lengkap SAHAJA.
"BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT."
SEMUA BEKAS PELAJAR SEKOLAH TEKNIK SELURUH MALAYSIA DIJEMPUT UNTUK MENJADI AHLI PERSATUAN GRADUAN SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK MALAYSIA (PGTM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI :
http://www.Persatuan-PGTM.blogspot.com
www.Persatuan-PGTM@yahoogroups.com
ikhlas daripada
MANSOR BIN ADAM
SETIAUSAHA EKSEKUTIF
b/p AJK PGTM SESI 2008