Monday, January 12, 2009
PROJEK LATIHAN KEUSAHAWANAN BERDAYA MAJU
Satu Jawatankuasa Projek PGTM telah dibentuk bagi mengendalikan Projek Latihan Keusahawanan Berdaya Maju 2009/2010 melibat individu atau syarikat yang sedia ada dan sedang menjalankan dan mengendalikan projek, kursus dan latihan yang mampu menjana sumber pendapatan dan kewangan peserta sasaran.
Projek Latihan Keusahawanan Berdaya Maju 2009/2010 akan dijalankan sebagaimana berikut :-
1. Lokasi : Seluruh Malaysia (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
2. Tarikh : Januari – Disember 2009/2010 (Akan dimaklumkan kemudian)
3. Sasaran : 3.1. Lepasan Sekolah Menengah (SPM @ STPM)
3.2. Belia Lelaki @ Wanita (18 – 40 tahun)
3.3. Lelaki @ Wanita (41 – 60 tahun)
3.3. Ibu @ Bapa Tunggal
3.4. OKU
3.5. Usahawan @ Bakal Usahawan
3.6. Lain-lain
* Peserta akan diuruskan oleh PGTM
4. Penglibatan : 4.1. PGTM
4.2. Kementerian/Jabatan Kerajaan, MARA, KBS, MeCD, MOE dll
4.3. Agensi Swasta – bank-bank tempatan
5. Tempoh Masa : 5 hari (Pagi, Petang & Malam, 08:30 pagi – 10:00 malam)
5.1. Hari Pertama : Pengenalan & Teori
5.2. Hari Kedua : Motivasi & Latihan Keusahawanan
5.3. Hari Ketiga : Praktikal
5.4. Hari Keempat : Praktikal
5.4. Hari Kelima : Penyampaian Sijil & Penutup
6. Kriteria :
6.1. Tenaga pengajar berpengalaman dengan kursus @ latihan
6.2. Lokasi praktikal bersesuaian dengan kursus @ latihan
6.3 Berhampiran dengan tempat penginapan – hotel, resort, asrama, challet
6.4. Kos @ caj berpatutan : 30 peserta/sesi
6.5. Keselamatan dan kesesuaian kursus dijalankan.
7. Kelebihan :
7.1. Kursus dibiaya menerusi peruntukan geran
7.2. Sijil yang diiktiraf bagi tujuan pembiayaan
7.3. Contract farming (bagi yang berkaitan)
7.4. Pembentukan Kemahiran peserta secara teori dan praktikal
7.5. Penglibatan jabatan kerajaan @ agensi swasta
Sehubungan dengan ini, pihak Jawatankuasa Projek PGTM mempelawa mana-mana individu atau syarikat yang berminat untuk mendaftar sebagai pengendali @ fasilitator kursus-kursus bagi tahun 2009/2010 bagi kategori bidang berikut :-
1. Pertanian
1.1. Fertigasi - cili, tomato, rock melon, terung dll
2.2. Hidroponik - sayur-sayuran harian dll
2.3. Tradisional - serai, kantan, lengkuas, halia, orked dll
2.4. Herba – cendawan, pegaga, ulam dll
2.5. Buah-buahan – Betik, tembikai, pisang, jagung, kelapa, dragon fruit, nenas dll
2.6 Lain-lain berkaitan
2. Penternakan
2.1. Lembu
2.2. Kambing
2.3. Rusa
2.4. Ayam
2.5. Itik
2.6. Angsa
2.7. Lintah
2.8. Cacing
2.9. Ikan – air tawar/masin, secara sangkar, kolam, kanvas dll
2.10. Lain-lain berkaitan
3. Makanan/Minuman
3.1. Mee
3.2. Nasi
3.3. Kek
3.4. Jelly
3.5. Soya
3.6. Roti
3.7. Kuih-muih
3.8. Lain-lain berkaitan
4. Teknologi Maklumat
4.1. Perkakasan Komputer – pemasangan dan baik pulih perkakasan computer, pencetak dll
4.2. Perisian Komputer – WEB, bahasa pengaturcaraan, Microsoft, Lotus Notes dll
4.3. Rangkaian Komputer
4.4. Lain-lain berkaitan
5. Kemahiran Hidup
5.1. Bina Semangat
5.2. Team Building
5.3. Kusahawanan
5.4. Pengurusan
5.5. Kewangan
5.6. Perakaunan
5.7. Bahasa – English, Jepun, Korea, Jerman, Peranchis dll
5.8. Baikpulih kenderaan – motosikal, kereta
5.9. Baikpulih – Basikal, peralatan elektrik (rumah @ pejabat)
5.10. Jahitan – pakaian, kasut, langsir dll
5.11. Kesihatan – spa, urut tradisional, dandanan dll
5.12. Hiasan – seramik, pasu,
5.11. Lain-lain berkaitan
6. Lain-lain bidang bersesuaian
6.1. Kejuruteraan
6.2. Arkitek
6.3. Elektrikal
6.4. Lain-lain berkaitan
Kepada mana-mana individu atau syarikat yang berminat untuk mendaftar, sila email @ poskan profile syarikat kepada :-
MANSOR BIN ADAM
JAWATANKUASA PROJEK PGTM
PERSATUAN GRADUAN SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK MALAYSIA (PGTM)
NO 17, JALAN ROS 1A
SEKSYEN BS 5
BUKIT SENTOSA
48300 RAWANG
SELANGOR DARUL EHSAN
EMAIL : mansoradam_pgtm@yahoo.com
Tel : 012-3753082
Tarikh Akhir : 31/01/2009 (Sabtu)
Kepada individu @ Syarikat yang berminat, sila kemukakan maklumat berikut sebagai rujukan. Pihak Jawatankuasa Projek PGTM akan menghubungi tuan/puan untuk perbincangan lanjut dengan SEGERA.
1. Surat minat (individu @ syarikat berdaftar)
2. Profile Individu @ Syarikat - termasuk sijil-sijil pendaftaran
3. Bidang Kemahiran – termasuk sijil-sijil berkaitan
4. Kos dicaj (termasuk 2 hari praktikal, jika berkaitan)
4.1. Kos tenaga pengajar – nyatakan maklumat akademik tertinggi
4.2. Kos peralatan (jika perlu)
4.3. Kos peserta kursus setiap sesi (30 orang)
5. Detail Modul Pengajaran (2 hari praktikal)
Hari 3 : Pagi, Petang, Malam
Hari 4 : Pagi, Petang, Malam
6. Lokasi tapak projek @ praktikal akan dijalankan (alamat, gambar dan berkaitan)
7. Lain-lain maklumat berkaitan individu @ syarikat berkaitan
Hanya Individu atau Syarikat yang disenarai pendek dan memenuhi kriteria pemilihan sahaja akan ditawarkan projek berkaitan bersama-sama dengan PGTM. Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Jawatankuasa Projek PGTM.
Sekian, terima kasih.
MANSOR BIN ADAM
Jawatankuasa Projek PGTM
b/p AJK PGTM 2009