Maklumat Lokasi Tapak Projek adalah sebagaimana berikut :-
Lokasi : Lot 1048, Sg Choh, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan
Keluasan : 3 ekar (Tanah Pertanian)
PGTM berhasrat untuk membangunkan Tapak Projek Kelompok PGTM ~ Pertanian dan Penternakan ini sebagaimana berikut :-
1. Kelompok Pertanian :
a. Tanaman Fertigasi (4 orang Peserta)~ Anggaran RM50K/seorang
b. Tanaman Cendawan (3 orang peserta) ~ Anggaran RM30K/seorang
2. Kelompok Penternakan :
a. Ternakan Lintah (3 orang peserta)~ Anggaran RM10K/seorang
b. Ternakan Lembu (5 orang peserta)~ Anggaran RM50K/seorang
c. Ternakan Kambing (5 orang peserta) ~ Anggaran RM50K/seorang
PGTM akan menyediakan asas tapak projek, aset tetap dan aset semasa projek dan menawarkan 'contract farming' kepada peserta-peserta berkelompok berkaitan.
PGTM dalam peringkat untuk melakukan kerja-kerja tanah dan saliran dikawasan terbabit dan dijangka akan siap pada 08/03/2009 kelak.
Gambar Lokasi Tapak sebelum aktiviti kerja-kerja tanah dan saliran dilakukan adalah sebagaimana dibawah :-
Tarikh : 27/02/2009 (Jumaat)










Gambar-gambar kerja-kerja tanah akan dimuatkan ke dalam blog dari masa ke semasa.
PGTM mempelawa mana-mana ahli PGTM yang berkelayakan untuk menggunakan tapak Projek Berkelompok PGTM ~ Pertanian dan Penternakan ini sebagaimana berikut :-
Bayaran : RM 500.00/seorang (Termasuk caj perjanjian sewa tanah, contract farming dan pendaftaran peserta kelompok)
Sewa Bulanan : RM 50.00/seorang
Tempoh Sewa : 7 + 2 tahun
Pembiayaan : PGTM membantu peserta untuk mendapatkan pembiayaan projek.
Kemudahan : Pejabat, Fasiliti Elektrik dan Air
Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Setiausaha Eksekutif PGTM Encik Mansor Bin Adam (012-3753082 , mansoradam_pgtm@yahoo.com). Penyertaan akan diberikan kepada 20 peserta terawal yang telah dapat menyediakan pembiayaan (sendiri @ pinjaman) bagi memulakan projek berkaitan.
Sekian, terima kasih