MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI GRADUAN SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK MALAYSIA BERHAD
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN
KOPERASI GRADUAN SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK MALAYSIA BERHAD (dalam penubuhan)
TARIKH : 25/04/2009
HARI : SABTU
MASA : 08:00 malam
LOKASI : DEWAN MAKAN UTAMA
RESTOREN NELAYAN
TAMAN TASIK TITIWANGSA
KUALA LUMPUR
Detail : 07:00 - 08:00 malam : Pendaftaran Kehadiran Mesyuarat
08:00 - 09:00 malam : Makan Malam
09:00 - 11:00 malam : Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi
11:00 malam : Bersurai
Agenda Mesyuarat :-
1. Pendaftaran
2. Jamuan Makan Malam
3. Ucapan Pengerusi Eksekutif Persatuan Graduan Sekolah-sekolah Teknik Malaysia (PGTM)
4. Penerangan Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
5. Pembentangan Cadangan Pembentukan Koperasi Graduan Sekolah-sekolah Teknik Malaysia Berhad
6. Pembentukan AJK Proteem Koperasi Graduan Sekolah-sekolah Teknik Malaysia Berhad (dalam penubuhan)
7. Membahaskan Usul dan Pindaan Undang-undang Kecil Koperasi
8. Perkara Berbangkit
9. Penangguhan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi
PERLANTIKAN 10 JAWATAN KUASA KOPERASI PERSATUAN GRADUAN SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK MALAYSIA BERHAD (dalam penubuhan) :-
1. PENGERUSI - 1 ORANG
2. NAIB PENGERUSI - 1 ORANG
3. SETIAUSAHA - 1 ORANG
4. NAIB SETIAUSAHA - 1 ORANG
5. BENDAHARI - 1 ORANG
6. NAIB BENDAHARI - 1 ORANG
7. AHLI JAWATAN KUASA (AJK) - 4 ORANG
Antara Perbincangan dan Kelulusan Mesyuarat Agung Permulaan yang perlu dilakukan:-
1. Perlantikan Pengerusi Mesyuarat
2. Persetujuan Menubuhkan Koperasi
3. Penerimaan Undang-undang Kecil Koperasi
4. Permohonan Bagi Didaftarkan Sebagai Koperasi
5. Pemilihan 10 Anggota Lembaga Koperasi
6. Membentang dan Meluluskan Belanjawan Koperasi.
7. Meluluskan Elaun Anggota Lembaga Koperasi.
8. Menentukan Had Maksima Keterhutangan Koperasi.
9. Meluluskan Perlantikan Panel Juruaudit Luar.
10. Menimbang dan Meluluskan Skop dan Had Pelaburan Yang Dibiayai Oleh Wang Lebihan Koperasi.
11. Melantik 10 Jawatankuasa Untuk Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi.
Undang-Undang Kecil Persatuan Graduan Sekolah-sekolah Teknik Malaysia Berhad (dalam penubuhan) yang akan dibincang dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Permulaan berkaitan sebagai rujukan dan panduan taun/puan boleh didapati dengan menghubungi Setiausaha Eksekutif PGTM, Encik Mansor bin Adam (012-3753082, mansoradam_pgtm@yahoo.com)
Kelayakan mengadakan Mesyuarat sebagaimana yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah minima seramai 50 wakil dalam Mesyuarat Agung Permulaan berkaitan. Oleh itu, AJK PGTM Sesi 2009/2010 menyeru dan menjemput tuan/puan warga ex STTJ Batch 1987/1988, Peserta Projek PGTM dan ahli-ahli PGTM agar dapat bersama-sama memberikan sokongan dan kerjasama untuk turut sama HADIR pada tarikh, masa dan lokasi yang telah dinyatakan.
Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat
Yang benar
Mansor Bin Adam
Setiausaha Eksekutif
Persatuan Graduan Sekolah-sekolah Teknik Malaysia