
Salam,
Buat semua Warga ex STTJ Batch 1987/1988.
AJK Proteem bercadang untuk mengadakan Majlis Reunion STTJ Batch 1987/1988 sebagaimana berikut :-
Tarikh : 12 Februari 2011
Hari : Sabtu (Dinner)
Masa : 08:00 malam
Lokasi : Tentatively di Royale Bintang Hotel, Seremban
Kos : Dewasa : RM 80.00
Anak (6-12 tahun) : RM 50.00
Penginapan : RM 218.00 (Single/Twin Room per night)
Jemputan Khas : Guru-guru STTJ 1987/1988
Cikgu Amin, Cikgu Tahir, Puan Sharifah, Mr P. P Nair & beberapa cikgu dalam senarai jemputan.
Aktiviti Khas : Lawatan ke STTJ - sekolah dan asrama (jika ada sambutan)
Sehubungan dengan ini, dipelawa rakan-rakan yang berhasrat untuk menyertai majlis yang dirancangkan ini agar dapat membuat pengesahan berserta dengan pembayaran pada atau sebelum 31/10/2010 (Ahad) bagi membolehkan AJK proteem membuat pengesahan tarikh dan membayar deposit kepada pihak hotel.
Sasaran penyertaan adalah seramai sekurang-kurangnya 70 bekas pelajar STTJ Batch 1987/1988 memandangkan Majlis Reunion ini adalah bersempena dengan tahun ke 23 setelah berakhirnya SPM di tahun 1988 yang lama dahulu. Seandainya sasaran ini tidak mendapat sambutan dan gagal mendapat pengesahan dan pembayaran deposit, maka majlis berkemungkinan GAGAL dilaksanakan. Pembayaran akan dikembalikan semua jika majlis dibatalkan.
Sehubungan dengan ini, saya mewakili AJK Proteem memohon jasa baik dan perhatian serius pihak Dato', Datin, Tuan, Puan, Cik yang berminat untuk menyertai majlis ini agar dapat membuat pembayaran secara online ke akaun dibawah pada atau sebelum Ahad, 31/10/2010 agar pengesahan dan pembayaran deposit dengan pihak hotel dapat dilakukan selewatnya-lewatnya Rabu, 03/11/2010.
Akaun Pembayaran :
NAMA AKAUN : MANSOR BIN ADAM
BANK : MAYBANK BERHAD
NO AKAUN : 1640-5230-7919
NO H/P : 012-3753082
EMAIL : mansor_adam@heitech.com.my
ALAMAT : NO 17, JALAN ROS 1A
SEKSYEN BS 5, BUKIT SENTOSA
48300 RAWANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Sila war-warkan jemputan ini dengan rakan-rakan lain agar kita sama-sama dapat bersua muka setelah 23 tahun terpisah dengan kehidupan dan haluan hidup masing-masing. Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan status majlis, adalah semua bekas pelajar STTJ 1987/1988 dijemput untuk pendaftaran akaun Facebook Dato', Datin, Tuan, Puan, Cik sebagaimana berikut :-
Akaun Facebook : "ALUMNI SEKOLAH TEKNIK TUANKU JAAFAR (STTJ) - BATCH 1987/1988"
"STTJ, KENANGAN YANG TERINDAH."
Sekian, terima kasih.